Blog zalinstory

Blog ni dah macam diari aku je.

Jom terjah blog onceitalk.com

Blog yang sempoi lagi cool..

Oct 31, 2011

Al-fatihah buat rakan sekampung.

Gwa terasa sedih pulak. Semalam gwa dapat panggilan daripada abah gwa. Dia beritahu yang rakan sekampung gwa meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Terkejut gwa masa tu. Kali terakhir gwa jumpa rakan gwa tu, pada bulan lepas. Kalau tak silap.

******
Play video ni dulu.




Bila gwa duk termenung sorang-sorang, gwa cakap dalam hati.

"Aku dah la tak ramai kawan kat kampung tu. Bila perginya dia, makin sikit kawan aku."

Bila fikir balik, gwa rasa nak balik kampung nak mintak ampun kat mak ayah aku sebab aku hanya ada seorang mak dan seorang ayah kat dunia ni.

Mmm..Dah takdir kan. Hidup dan mati semua bukan urusan manusia. Semuanya kerja Allah s.w.t. Gwa doakan moga roh arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Gwa tak berdaya nak menaip lagi. Sebak hati gwa. 

Oct 30, 2011

Sibuk

Dah lama rasanya gwa tak bercerita dalam blog ni. Dah 3 bulan rasanya. Nasib baik memori gwa masih lagi tersimpan blog ni. Gwa sekarang dah bekerjaya. So, masa untuk blogging dah kurang sekarang ni. Fokus beralih ke kerjaya sebagai PHP Developer sekarang dan bukan lagi sebagai seorang pelajar. Keh keh keh..

Korang tau ke apa itu kerjaya sebagai seorang PHP Developer? Gwa terangkan sikit ok. Pertamanya, PHP bermaksud, Hypertext Preprocessor. Developer pula bermaksud, pembangun/pemaju. So, dengan erti kata lain, gwa sekarang jadi pengaturcara PHP. So, far gwa tak ada masalah dalam kerjaya yang gwa tak jangka boleh dapat.

Iklan jap.


Tahniah skuad N9 kerana berjaya dalam Final Piala Malaysia 2011 setelah berjaya menewaskan Terengganu. Terengganu 1-2 N.Sembilan.

Kenapa gwa cakap gwa tak jangka boleh dapat? Sebab dulu gwa punya cita-cita nak jadi polis la, askar, jurutera bagai. Tak pernah pulak tahu ada kerjaya PHP Developer. So, kalau korang pergi tanya budak-budak kecik tu, gwa gerenti dorang akan jawab benda yang sama sebab dah didedahkan sejak kecik lagi.