Blog zalinstory

Blog ni dah macam diari aku je.

Jom terjah blog onceitalk.com

Blog yang sempoi lagi cool..

Jan 19, 2012

Hai!

Dah lama gwa tak update blog yang ini. Ahhh..bukan ada orang baca pun blog gwa yang satu ni. Ni kalau ada sesapa yang baca, kira beruntung la dapat baca hasil penulisan gwa. 

Gwa sekarang makin busy. Dalam kepala otak gwa sekarang, penuh dengan coding. Berselirat dalam otak ni. Kalau gwa ada kuasa magik, nak je gwa keluarkan otak ni, kasi lu orang tengok coding apa yang ada. Argghh..ngeri..ngeri..geli gwa.

Tahun ni macam-macam gwa planning..planning nak..tut...tetiba senset pulak. Ok la, gwa cau dulu erk. Lu orang stay je dulu dalam blog ni ok. Tunggu sampai gwa datang balik. Gwa nak gi berak!

Dec 19, 2011

Apa azam tahun baru korang hah?

Assalamualaikum.

Dah agak lama blog ni menyepi daripada menerima penulisan gwa. Sebelum blog ni terkubur macam tu je, ada baiknya gwa menulis sikit dalam blog ni. Hmmm..Pejam celik pejam celik, dah nak masuk tahun 2012. Cepat betul masa berlalu, dan itu menunjukkan gwa semakin tua. Ehh! Matang. Dan bila tutupnya tirai 2011 ni, genapla 5 bulan gwa bergelar programmer a.k.a developer. Hehe..Terasa macam baru mula bekerja.

Hmm..apa azam korang untuk tahun 2012 nanti? Gwa ada azam. Gwa nak jadi insan yang lebih berjaya pada masa akan datang daripada semua segi (sikap, iman, ekonomi, kerjaya). Moga-moga azam gwa ni tercapai. Moga Allah perkenan segala doa dan hajat hamba-Nya ni. Amin.

Baca,baca gak. Pe pulak azam korang hah? Mesti korang cakap, "Ape erk azam tahun baru nanti? Azam tahun ni pun tak tercapai lagi.." kan..kan?

Nov 27, 2011

Sakit mulut.

Assalamualaikum.

Seminggu gwa menanggung kesakitan mulut. Pipi gwa bengkak, gwa nak makan pun susah. Setiap kali gwa nak buka mulut, sakitnya sampai gwa menitiskan air mata. Mulut gwa kena ulser betul-betul tempat paling dalam mulut. Berhampiran dengan gigi geraham bongsu.

Ada satu hari tu, sedang gwa khusyuk bekerja gwa terasa mulut gwa penuh dengan something. Gwa tak sedap hati, lalu gwa cari cermin. Terperanjat gwa apabila nampak darah memenuhi mulut gwa. Darah tu dah jadi macam jeli. Perghh..kalau korang tanya pe perasaan gwa masa tu, confirm-confirm la gwa panik.

Malamnya tu, gwa ambil keputusan untuk pergi klinik gigi berhampiran rumah sewa gwa. Doktor cadangkan supaya gwa cabut gigi geraham bongsu tu sebab setiap kali gwa tutup mulut, gigi tu akan kena ulser tu. Takut bila dah sembuh ulser tu, gwa tergigit lagi pipi gwa. Lantas, gwa ambil keputusan untuk cabut gigi tu. Melayang RM130.

Dah 7 tahun gwa tak cabut gigi, kelmarin la gwa kembali cabut gigi. Gwa sendiri tak perasan bila masa gigi gwa berjaya dicabut sebab tak sakit langsung. Ubat-ubat yang doktor beri tu pun seolah-olah tak berkesan pada gwa walhal dos-dos ubat tu tinggi-tinggi.

Gwa ingatkan masalah gwa dah selesai, tapi masalah lain pula berlaku. Pendarahan gigi gwa terus berlaku selama sehari. Setiap 10 minit, gwa kena tukar kapas yang dipenuhi darah. Memang menyeksakan. Gwa tak makan langsung. Ada kalanya gwa rasa nak pengsan sebab terlalu banyak kehilangan darah. Sampaikan masa tidur, baju-baju gwa dipenuhi darah-darah dari mulut gwa.

Part yang paling sedih, gwa tak boleh bercakap dengan sesiapa pun. Member-member gwa bercakap dengan gwa, gwa tenung je dorang dengan perasaan sedih. Masa tu la baru gwa tahu perasaan bagaimana tak boleh bercakap.

Sekarang gwa beransur pulih, tapi gwa masih lagi fobia. Harap-harap tak berdarah lagi.

*****

Kadang-kadang, kesakitan ni menyedarkan diri kita.

Nov 16, 2011

Thank you Allah

Jarum jam tunjuk tepat pukul 3 petang. Gwa tak sedar cepat betul masa berlalu sebab gwa asyik dengan coding. Biasa la tu bila kita fokus sesuatu, bom kat sebelah pun mungkin tak disedari. Suasana ofis gwa kecoh masa tu.

Terdetik di hati gwa. "Apa benda yang dorang ni kecoh-kecoh ni? Kang, ni makan dia.." Gwa ringankan punggung, lantas gwa bangun dan berjalan ke arah suara-suara hingar di bahagian depan ofis gwa. Kelihatan rakan-rakan sekerja gwa tengah khusyuk tengok laptop. Gwa ushar baik-baik. Rupa-rupanya depa semua tengah bid tender secara online.

Hati gwa berbunga untuk join sekaki. Sempat la gwa bagi petua macam mana nak bid harga petender-petender yang lain. Ahaha..tu dah poyo tu. Saat gwa dan rakan-rakan sekerja lain menunggu masa untuk bid tender tu habis, denyutan jantung gwa berdegup kencang. Sesekali, ranking harga yang ditaruh oleh company gwa jatuh ke ranking 4.

"Omak aih..Dia turunkan harga lagi?" kata rakan sekerja gwa.

"Mana bisa gini seh!" pehal tetiba keluar dialog indon ni? Gwa dan rakan-rakan sekerja lain susun strategi baik kali ni. Harga yang ditaruh dikurangkan sedikit. Saat tu, hanya tinggal 10 saat sebelum pemenang diumumkan.

"Turunkan lagi harga!" jerit seorang rakan sekerja gwa. Dengan pantas, harga dikurangkan. Alhamdulillah. Harga yang diletakkan adalah yang termurah berbanding harga petender yang lain. Rezeki company gwa. Gwa dapat lihat senyuman kegembiraan yang terukir oleh rakan sekerja gwa.



Thank you Allah. Aku bersyukur pada-Mu.

Nov 14, 2011

Berak Terabur

Gwa ni tak suka kotor-kotor ni. Dalam Islam pun menuntut umatnya menjaga kebersihan. Kalau persekitaran kotor, macam mana hidup nak sejahtera? Kesihatan pun akan terjejas dek persekitaran yang kotor.

Gwa hangin betul bila masuk tandas awam, nampak taik terabur kat mangkuk jamban tu. Saper punya kerja? Gwa asyik terfikir, orang yang berak terabur ni berjoget ke masa tengah berak? Ke bontot tak center? Hahaha.

Tapi yang gwa malu tu bila gwa keluar dari tandas, sorang pelancong masuk ke dalam tandas tu. Serius malu. Busuk nama Malaysia sebusuk taik yang terabur kat mangkuk jamban tu. So, jagalah kebersihan. Orang lain nak guna juga kemudahan awam. 

Rasa nak muntah tak baca entry ni?