Blog zalinstory

Blog ni dah macam diari aku je.

Jom terjah blog onceitalk.com

Blog yang sempoi lagi cool..

Nov 27, 2011

Sakit mulut.

Assalamualaikum.

Seminggu gwa menanggung kesakitan mulut. Pipi gwa bengkak, gwa nak makan pun susah. Setiap kali gwa nak buka mulut, sakitnya sampai gwa menitiskan air mata. Mulut gwa kena ulser betul-betul tempat paling dalam mulut. Berhampiran dengan gigi geraham bongsu.

Ada satu hari tu, sedang gwa khusyuk bekerja gwa terasa mulut gwa penuh dengan something. Gwa tak sedap hati, lalu gwa cari cermin. Terperanjat gwa apabila nampak darah memenuhi mulut gwa. Darah tu dah jadi macam jeli. Perghh..kalau korang tanya pe perasaan gwa masa tu, confirm-confirm la gwa panik.

Malamnya tu, gwa ambil keputusan untuk pergi klinik gigi berhampiran rumah sewa gwa. Doktor cadangkan supaya gwa cabut gigi geraham bongsu tu sebab setiap kali gwa tutup mulut, gigi tu akan kena ulser tu. Takut bila dah sembuh ulser tu, gwa tergigit lagi pipi gwa. Lantas, gwa ambil keputusan untuk cabut gigi tu. Melayang RM130.

Dah 7 tahun gwa tak cabut gigi, kelmarin la gwa kembali cabut gigi. Gwa sendiri tak perasan bila masa gigi gwa berjaya dicabut sebab tak sakit langsung. Ubat-ubat yang doktor beri tu pun seolah-olah tak berkesan pada gwa walhal dos-dos ubat tu tinggi-tinggi.

Gwa ingatkan masalah gwa dah selesai, tapi masalah lain pula berlaku. Pendarahan gigi gwa terus berlaku selama sehari. Setiap 10 minit, gwa kena tukar kapas yang dipenuhi darah. Memang menyeksakan. Gwa tak makan langsung. Ada kalanya gwa rasa nak pengsan sebab terlalu banyak kehilangan darah. Sampaikan masa tidur, baju-baju gwa dipenuhi darah-darah dari mulut gwa.

Part yang paling sedih, gwa tak boleh bercakap dengan sesiapa pun. Member-member gwa bercakap dengan gwa, gwa tenung je dorang dengan perasaan sedih. Masa tu la baru gwa tahu perasaan bagaimana tak boleh bercakap.

Sekarang gwa beransur pulih, tapi gwa masih lagi fobia. Harap-harap tak berdarah lagi.

*****

Kadang-kadang, kesakitan ni menyedarkan diri kita.

Nov 16, 2011

Thank you Allah

Jarum jam tunjuk tepat pukul 3 petang. Gwa tak sedar cepat betul masa berlalu sebab gwa asyik dengan coding. Biasa la tu bila kita fokus sesuatu, bom kat sebelah pun mungkin tak disedari. Suasana ofis gwa kecoh masa tu.

Terdetik di hati gwa. "Apa benda yang dorang ni kecoh-kecoh ni? Kang, ni makan dia.." Gwa ringankan punggung, lantas gwa bangun dan berjalan ke arah suara-suara hingar di bahagian depan ofis gwa. Kelihatan rakan-rakan sekerja gwa tengah khusyuk tengok laptop. Gwa ushar baik-baik. Rupa-rupanya depa semua tengah bid tender secara online.

Hati gwa berbunga untuk join sekaki. Sempat la gwa bagi petua macam mana nak bid harga petender-petender yang lain. Ahaha..tu dah poyo tu. Saat gwa dan rakan-rakan sekerja lain menunggu masa untuk bid tender tu habis, denyutan jantung gwa berdegup kencang. Sesekali, ranking harga yang ditaruh oleh company gwa jatuh ke ranking 4.

"Omak aih..Dia turunkan harga lagi?" kata rakan sekerja gwa.

"Mana bisa gini seh!" pehal tetiba keluar dialog indon ni? Gwa dan rakan-rakan sekerja lain susun strategi baik kali ni. Harga yang ditaruh dikurangkan sedikit. Saat tu, hanya tinggal 10 saat sebelum pemenang diumumkan.

"Turunkan lagi harga!" jerit seorang rakan sekerja gwa. Dengan pantas, harga dikurangkan. Alhamdulillah. Harga yang diletakkan adalah yang termurah berbanding harga petender yang lain. Rezeki company gwa. Gwa dapat lihat senyuman kegembiraan yang terukir oleh rakan sekerja gwa.



Thank you Allah. Aku bersyukur pada-Mu.

Nov 14, 2011

Berak Terabur

Gwa ni tak suka kotor-kotor ni. Dalam Islam pun menuntut umatnya menjaga kebersihan. Kalau persekitaran kotor, macam mana hidup nak sejahtera? Kesihatan pun akan terjejas dek persekitaran yang kotor.

Gwa hangin betul bila masuk tandas awam, nampak taik terabur kat mangkuk jamban tu. Saper punya kerja? Gwa asyik terfikir, orang yang berak terabur ni berjoget ke masa tengah berak? Ke bontot tak center? Hahaha.

Tapi yang gwa malu tu bila gwa keluar dari tandas, sorang pelancong masuk ke dalam tandas tu. Serius malu. Busuk nama Malaysia sebusuk taik yang terabur kat mangkuk jamban tu. So, jagalah kebersihan. Orang lain nak guna juga kemudahan awam. 

Rasa nak muntah tak baca entry ni?

Nov 11, 2011

Otak diletak dekat buntut.

Gwa ni malas membaca sebenarnya. Kalau beli buku pun, gwa selak-selak muka surat yang bergambar je. Nak beli surat khabar, lagi la gwa malas. Jadi, sebagai alternatifnya, gwa baca berita semasa secara online je.

Maklumat dihujung jari kan? Tapi gwa tengok hujung jari gwa, takde pula maklumat. Keh3!

Seriously, gwa seram sejuk baca tajuk akhbar hari ni. Budak ditinggal di kompleks membeli-belah, Jual Kawan Bayar Hutang dan macam-macam lagi berita. Mana hilangnya nilai kemanusiaan kita sekarang ni? Apa dosa kanak-kanak tersebut? Apa pula hak mereka ni nak menjual kawan sendiri? Apa yang gwa dapat katakan di sini, mereka-mereka yang lakukan perkara sebegini adalah golongan mereka yang terdesak.

Jangan la buat aniaya pada orang. Suatu hari nanti, orang akan buat dajal kat lu pulak. Masa tu baru la lu terkenang kenangan manis saat lu perdajalkan orang lain. Gwa harap, perkara-perkara sebegini tak berlaku la pada kenalan-kenalan dan sanak-saudara gwa. Tapi gwa dapat rasakan esok akan ada lagi perkara seumpama ni berlaku dalam masyarakat kita ni.

Kembali la ke pangkal jalan. Tengok balik sign board tu tulis apa.