Blog zalinstory

Blog ni dah macam diari aku je.

Jom terjah blog onceitalk.com

Blog yang sempoi lagi cool..

Jun 29, 2011

Nama pun budak-budak

Zaman kanak-kanak adalah zaman penting untuk belajar benda baru dalam kehidupan. Siapa pun tak marah punya. Tapi agak-agak la. Jangan buat perkara yang boleh mendatangkan trauma dalam hidup masa akan datang.

Gwa masa kecik dulu nakal la jugak. Ada masa-masa tertentu je gwa nakal. Ada satu masa tu gwa nampak dahan pokok jambu batu berbentuk Y. Kalau korang semua tengok huruf Y tu confirm boleh imagine apa senjata yang gwa boleh buat.

Gwa tak leh tahan tengok cabang pokok jambu tu. Cantik sangat. Lantas gwa cari parang atok gwa. Gwa pergi kerat dahan tu. Senang je gwa tokek dahan tu. Lepas dah siap dapatkan cabang tu, gwa pergi rembat atok gwa punya getah lastik. Gwa buat lastik gwa sendiri. haha. Kenakalan gwa ni timbul atas pemerhatian tingkahlaku atok gwa masa dia tengah betulkan lastik dia.

Tak lama gwa siapkan lastik gwa. Benda dah siap, rugi kalau tak cuba keefisyenannya, kan? Gwa capai sebutir batu. Lalu gwa tarik panjang-panjang getah lastik tu. Gwa cari sasaran baik punya. Nah! Gwa nampak kepala orang. Gwa bidik baik-baik dan secara sengajanya gwa lepaskan getah tu.

********************

Kelekuk!!

Gwa berjaya melastik kepala sorang mamat ni. Terpinga-pinga mamat tu. Gwa memang tak bersalah masa tu. Gwa try power lastik gwa je. Haha. Kesian mamat tu. Tak pasal-pasal makan batu. Gwa budak kecik lagi masa tu. Mana gwa tau perbuatan tu salah.

Serius gwa rasa kelakar bila kenangkan perangai gwa masa kecik. Atok gwa buat lastik untuk lastik anjing. Gwa buat lastik untuk lastik kepala...orang. Korang dah tau kenakalan gwa, diam-diam.

Sekian.

Jun 28, 2011

Indahnya saat masa couple dulu..

Manusia dijadikan secara berpasang-pasangan. Maksud gwa lelaki pasangannya perempuan. Bukan perempuan dan perempuan, lelaki dengan lelaki. Bukan. Yang tu bukan ok. Harap pembaca blog gwa ni tak terjerumus ke situ.

"Indahnya saat masa couple dulu.." itu kata-kata yang mungkin lahir daripada mereka yang dah berkeluarga dan sedang menghadapi situasi sukar dalam keluarga.

Maybe. Gwa tak pernah rasa lagi nikmat perkahwinan yang sah disisi syarak. Hahaha. Manusia memang berubah lepas kahwin ke? Bagi gwa, gwa rasa gwa takkan berubah. Perasaan sayang dan cinta pada pasangan tu perlu sentiasa ada walaupun setelah bergelar suami isteri yang sah kerana perasaan tu akan membawa kepada kebahagiaan dalam keluarga.

Itu pada pandangan gwa dan gwa rasa tak ada sebab untuk seseorang tu berubah setelah berkahwin kerana masa bercinta dulu semuanya baik-baik belaka. Bau kentut pun dikatanya wangi. Hahaha..