Nov 16, 2011

Thank you Allah

Jarum jam tunjuk tepat pukul 3 petang. Gwa tak sedar cepat betul masa berlalu sebab gwa asyik dengan coding. Biasa la tu bila kita fokus sesuatu, bom kat sebelah pun mungkin tak disedari. Suasana ofis gwa kecoh masa tu.

Terdetik di hati gwa. "Apa benda yang dorang ni kecoh-kecoh ni? Kang, ni makan dia.." Gwa ringankan punggung, lantas gwa bangun dan berjalan ke arah suara-suara hingar di bahagian depan ofis gwa. Kelihatan rakan-rakan sekerja gwa tengah khusyuk tengok laptop. Gwa ushar baik-baik. Rupa-rupanya depa semua tengah bid tender secara online.

Hati gwa berbunga untuk join sekaki. Sempat la gwa bagi petua macam mana nak bid harga petender-petender yang lain. Ahaha..tu dah poyo tu. Saat gwa dan rakan-rakan sekerja lain menunggu masa untuk bid tender tu habis, denyutan jantung gwa berdegup kencang. Sesekali, ranking harga yang ditaruh oleh company gwa jatuh ke ranking 4.

"Omak aih..Dia turunkan harga lagi?" kata rakan sekerja gwa.

"Mana bisa gini seh!" pehal tetiba keluar dialog indon ni? Gwa dan rakan-rakan sekerja lain susun strategi baik kali ni. Harga yang ditaruh dikurangkan sedikit. Saat tu, hanya tinggal 10 saat sebelum pemenang diumumkan.

"Turunkan lagi harga!" jerit seorang rakan sekerja gwa. Dengan pantas, harga dikurangkan. Alhamdulillah. Harga yang diletakkan adalah yang termurah berbanding harga petender yang lain. Rezeki company gwa. Gwa dapat lihat senyuman kegembiraan yang terukir oleh rakan sekerja gwa.



Thank you Allah. Aku bersyukur pada-Mu.

0 comments: