Oct 30, 2011

Sibuk

Dah lama rasanya gwa tak bercerita dalam blog ni. Dah 3 bulan rasanya. Nasib baik memori gwa masih lagi tersimpan blog ni. Gwa sekarang dah bekerjaya. So, masa untuk blogging dah kurang sekarang ni. Fokus beralih ke kerjaya sebagai PHP Developer sekarang dan bukan lagi sebagai seorang pelajar. Keh keh keh..

Korang tau ke apa itu kerjaya sebagai seorang PHP Developer? Gwa terangkan sikit ok. Pertamanya, PHP bermaksud, Hypertext Preprocessor. Developer pula bermaksud, pembangun/pemaju. So, dengan erti kata lain, gwa sekarang jadi pengaturcara PHP. So, far gwa tak ada masalah dalam kerjaya yang gwa tak jangka boleh dapat.

Iklan jap.


Tahniah skuad N9 kerana berjaya dalam Final Piala Malaysia 2011 setelah berjaya menewaskan Terengganu. Terengganu 1-2 N.Sembilan.

Kenapa gwa cakap gwa tak jangka boleh dapat? Sebab dulu gwa punya cita-cita nak jadi polis la, askar, jurutera bagai. Tak pernah pulak tahu ada kerjaya PHP Developer. So, kalau korang pergi tanya budak-budak kecik tu, gwa gerenti dorang akan jawab benda yang sama sebab dah didedahkan sejak kecik lagi.

2 comments:

ala...dulu2 cita2 tu terdedah dgn kerjaya yg ada dpn mata.klu ramai polis nak polis la, doktor la....malah ada anak kawan tu tgk bapa kerja pemandu lori blh je cita2 nak jd pemandu lori gak..keh3.kononnya masa tu gaji besar..so mewah la hidup mereka.duk kampung..haha.skrg budak tu dah besar pun.jd penjaga keselamatan sekolah.huhu

@Lydia Miza
Betul tu kak..hihi..