Blog zalinstory

Blog ni dah macam diari aku je.

12

Nov 27, 2011

Sakit mulut.

Assalamualaikum. Seminggu gwa menanggung kesakitan mulut. Pipi gwa bengkak, gwa nak makan pun susah. Setiap kali gwa nak buka mulut, sakitnya sampai gwa menitiskan air mata. Mulut gwa kena ulser betul-betul tempat paling dalam mulut. Berhampiran dengan gigi geraham bongsu. Ada satu hari tu, sedang gwa khusyuk bekerja gwa terasa mulut gwa penuh dengan something. Gwa tak sedap hati, lalu gwa cari cermin. Terperanjat gwa apabila nampak darah memenuhi mulut gwa. Darah tu dah jadi macam jeli. Perghh..kalau korang tanya pe perasaan gwa masa tu, confirm-confirm...

Nov 16, 2011

Thank you Allah

Jarum jam tunjuk tepat pukul 3 petang. Gwa tak sedar cepat betul masa berlalu sebab gwa asyik dengan coding. Biasa la tu bila kita fokus sesuatu, bom kat sebelah pun mungkin tak disedari. Suasana ofis gwa kecoh masa tu. Terdetik di hati gwa. "Apa benda yang dorang ni kecoh-kecoh ni? Kang, ni makan dia.." Gwa ringankan punggung, lantas gwa bangun dan berjalan ke arah suara-suara hingar di bahagian depan ofis gwa. Kelihatan rakan-rakan sekerja gwa tengah khusyuk tengok laptop. Gwa ushar baik-baik. Rupa-rupanya depa semua tengah bid tender secara...

Nov 14, 2011

Berak Terabur

Gwa ni tak suka kotor-kotor ni. Dalam Islam pun menuntut umatnya menjaga kebersihan. Kalau persekitaran kotor, macam mana hidup nak sejahtera? Kesihatan pun akan terjejas dek persekitaran yang kotor. Gwa hangin betul bila masuk tandas awam, nampak taik terabur kat mangkuk jamban tu. Saper punya kerja? Gwa asyik terfikir, orang yang berak terabur ni berjoget ke masa tengah berak? Ke bontot tak center? Hahaha. Tapi yang gwa malu tu bila gwa keluar dari tandas, sorang pelancong masuk ke dalam tandas tu. Serius malu. Busuk nama Malaysia sebusuk taik...

Nov 11, 2011

Otak diletak dekat buntut.

Gwa ni malas membaca sebenarnya. Kalau beli buku pun, gwa selak-selak muka surat yang bergambar je. Nak beli surat khabar, lagi la gwa malas. Jadi, sebagai alternatifnya, gwa baca berita semasa secara online je. Maklumat dihujung jari kan? Tapi gwa tengok hujung jari gwa, takde pula maklumat. Keh3! Seriously, gwa seram sejuk baca tajuk akhbar hari ni. Budak ditinggal di kompleks membeli-belah, Jual Kawan Bayar Hutang dan macam-macam lagi berita. Mana hilangnya nilai kemanusiaan kita sekarang ni? Apa dosa kanak-kanak tersebut? Apa pula hak mereka...