Nov 11, 2011

Otak diletak dekat buntut.

Gwa ni malas membaca sebenarnya. Kalau beli buku pun, gwa selak-selak muka surat yang bergambar je. Nak beli surat khabar, lagi la gwa malas. Jadi, sebagai alternatifnya, gwa baca berita semasa secara online je.

Maklumat dihujung jari kan? Tapi gwa tengok hujung jari gwa, takde pula maklumat. Keh3!

Seriously, gwa seram sejuk baca tajuk akhbar hari ni. Budak ditinggal di kompleks membeli-belah, Jual Kawan Bayar Hutang dan macam-macam lagi berita. Mana hilangnya nilai kemanusiaan kita sekarang ni? Apa dosa kanak-kanak tersebut? Apa pula hak mereka ni nak menjual kawan sendiri? Apa yang gwa dapat katakan di sini, mereka-mereka yang lakukan perkara sebegini adalah golongan mereka yang terdesak.

Jangan la buat aniaya pada orang. Suatu hari nanti, orang akan buat dajal kat lu pulak. Masa tu baru la lu terkenang kenangan manis saat lu perdajalkan orang lain. Gwa harap, perkara-perkara sebegini tak berlaku la pada kenalan-kenalan dan sanak-saudara gwa. Tapi gwa dapat rasakan esok akan ada lagi perkara seumpama ni berlaku dalam masyarakat kita ni.

Kembali la ke pangkal jalan. Tengok balik sign board tu tulis apa.

2 comments:

manusia bila tak da perikemanusiaan mmg camtulah zalin.takda akal nak pk panjang