Blog zalinstory

Blog ni dah macam diari aku je.

12

Dec 19, 2011

Apa azam tahun baru korang hah?

Assalamualaikum. Dah agak lama blog ni menyepi daripada menerima penulisan gwa. Sebelum blog ni terkubur macam tu je, ada baiknya gwa menulis sikit dalam blog ni. Hmmm..Pejam celik pejam celik, dah nak masuk tahun 2012. Cepat betul masa berlalu, dan itu menunjukkan gwa semakin tua. Ehh! Matang. Dan bila tutupnya tirai 2011 ni, genapla 5 bulan gwa bergelar programmer a.k.a developer. Hehe..Terasa macam baru mula bekerja. Hmm..apa azam korang untuk tahun 2012 nanti? Gwa ada azam. Gwa nak jadi insan yang lebih berjaya pada masa akan datang daripada...

Nov 27, 2011

Sakit mulut.

Assalamualaikum. Seminggu gwa menanggung kesakitan mulut. Pipi gwa bengkak, gwa nak makan pun susah. Setiap kali gwa nak buka mulut, sakitnya sampai gwa menitiskan air mata. Mulut gwa kena ulser betul-betul tempat paling dalam mulut. Berhampiran dengan gigi geraham bongsu. Ada satu hari tu, sedang gwa khusyuk bekerja gwa terasa mulut gwa penuh dengan something. Gwa tak sedap hati, lalu gwa cari cermin. Terperanjat gwa apabila nampak darah memenuhi mulut gwa. Darah tu dah jadi macam jeli. Perghh..kalau korang tanya pe perasaan gwa masa tu, confirm-confirm...

Nov 16, 2011

Thank you Allah

Jarum jam tunjuk tepat pukul 3 petang. Gwa tak sedar cepat betul masa berlalu sebab gwa asyik dengan coding. Biasa la tu bila kita fokus sesuatu, bom kat sebelah pun mungkin tak disedari. Suasana ofis gwa kecoh masa tu. Terdetik di hati gwa. "Apa benda yang dorang ni kecoh-kecoh ni? Kang, ni makan dia.." Gwa ringankan punggung, lantas gwa bangun dan berjalan ke arah suara-suara hingar di bahagian depan ofis gwa. Kelihatan rakan-rakan sekerja gwa tengah khusyuk tengok laptop. Gwa ushar baik-baik. Rupa-rupanya depa semua tengah bid tender secara...

Nov 14, 2011

Berak Terabur

Gwa ni tak suka kotor-kotor ni. Dalam Islam pun menuntut umatnya menjaga kebersihan. Kalau persekitaran kotor, macam mana hidup nak sejahtera? Kesihatan pun akan terjejas dek persekitaran yang kotor. Gwa hangin betul bila masuk tandas awam, nampak taik terabur kat mangkuk jamban tu. Saper punya kerja? Gwa asyik terfikir, orang yang berak terabur ni berjoget ke masa tengah berak? Ke bontot tak center? Hahaha. Tapi yang gwa malu tu bila gwa keluar dari tandas, sorang pelancong masuk ke dalam tandas tu. Serius malu. Busuk nama Malaysia sebusuk taik...

Nov 11, 2011

Otak diletak dekat buntut.

Gwa ni malas membaca sebenarnya. Kalau beli buku pun, gwa selak-selak muka surat yang bergambar je. Nak beli surat khabar, lagi la gwa malas. Jadi, sebagai alternatifnya, gwa baca berita semasa secara online je. Maklumat dihujung jari kan? Tapi gwa tengok hujung jari gwa, takde pula maklumat. Keh3! Seriously, gwa seram sejuk baca tajuk akhbar hari ni. Budak ditinggal di kompleks membeli-belah, Jual Kawan Bayar Hutang dan macam-macam lagi berita. Mana hilangnya nilai kemanusiaan kita sekarang ni? Apa dosa kanak-kanak tersebut? Apa pula hak mereka...

Oct 31, 2011

Al-fatihah buat rakan sekampung.

Gwa terasa sedih pulak. Semalam gwa dapat panggilan daripada abah gwa. Dia beritahu yang rakan sekampung gwa meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Terkejut gwa masa tu. Kali terakhir gwa jumpa rakan gwa tu, pada bulan lepas. Kalau tak silap. ******Play video ni dulu. Bila gwa duk termenung sorang-sorang, gwa cakap dalam hati. "Aku dah la tak ramai kawan kat kampung tu. Bila perginya dia, makin sikit kawan aku." Bila fikir balik, gwa rasa nak balik kampung nak mintak ampun kat mak ayah aku sebab aku hanya ada seorang mak dan seorang ayah...

Oct 30, 2011

Sibuk

Dah lama rasanya gwa tak bercerita dalam blog ni. Dah 3 bulan rasanya. Nasib baik memori gwa masih lagi tersimpan blog ni. Gwa sekarang dah bekerjaya. So, masa untuk blogging dah kurang sekarang ni. Fokus beralih ke kerjaya sebagai PHP Developer sekarang dan bukan lagi sebagai seorang pelajar. Keh keh keh.. Korang tau ke apa itu kerjaya sebagai seorang PHP Developer? Gwa terangkan sikit ok. Pertamanya, PHP bermaksud, Hypertext Preprocessor. Developer pula bermaksud, pembangun/pemaju. So, dengan erti kata lain, gwa sekarang jadi pengaturcara PHP....

Jul 10, 2011

Hari ni hari gwa. Hari lu orang hari lain. kan?

Suasana di luar jendela nampak suram je pagi ni. Mentari tak menunjukkan sinarnya dek kepulan-kepulan awan gelap yang baru saja hadir. Cepat la turun hujan. Gwa dah lama tak main hujan. Kalau masa gwa cute-cute dulu, time-time ni memang sentiasa dinantikan. Bila dah besar panjang ni, takkan gwa nak buat macam tu lagi kan? Malu gwa. Terharu gwa arini. Dapat mesej yang menyentuh hati sanubari gwa. Rasa nak menangis tapi gwa kena control macho. Tak macho la lelaki ganteng cam gwa menangis. keh keh keh.Hari ni hari gwa beb. Gwa dah meningkat dewasa...

Jun 29, 2011

Nama pun budak-budak

Zaman kanak-kanak adalah zaman penting untuk belajar benda baru dalam kehidupan. Siapa pun tak marah punya. Tapi agak-agak la. Jangan buat perkara yang boleh mendatangkan trauma dalam hidup masa akan datang. Gwa masa kecik dulu nakal la jugak. Ada masa-masa tertentu je gwa nakal. Ada satu masa tu gwa nampak dahan pokok jambu batu berbentuk Y. Kalau korang semua tengok huruf Y tu confirm boleh imagine apa senjata yang gwa boleh buat. Gwa tak leh tahan tengok cabang pokok jambu tu. Cantik sangat. Lantas gwa cari parang atok gwa. Gwa pergi kerat dahan...

Jun 28, 2011

Indahnya saat masa couple dulu..

Manusia dijadikan secara berpasang-pasangan. Maksud gwa lelaki pasangannya perempuan. Bukan perempuan dan perempuan, lelaki dengan lelaki. Bukan. Yang tu bukan ok. Harap pembaca blog gwa ni tak terjerumus ke situ. "Indahnya saat masa couple dulu.." itu kata-kata yang mungkin lahir daripada mereka yang dah berkeluarga dan sedang menghadapi situasi sukar dalam keluarga. Maybe. Gwa tak pernah rasa lagi nikmat perkahwinan yang sah disisi syarak. Hahaha. Manusia memang berubah lepas kahwin ke? Bagi gwa, gwa rasa gwa takkan berubah. Perasaan sayang dan...

Mar 29, 2011

Awalulkalam.

Salam readers. Sebagai entri pertama untuk blog ni, aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada korang semua yang menyokong aku selama aku berada dalam dunia blogging ni. Blog ni wujud sebagai kemudahan untuk aku dan juga korang semua berblogwalking....